fbpx

Kanak-kanak 2 tahun terkunci dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berusaha membuka pintu kereta terkunci untuk mengeluarkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kejadian di Lorong Berkat, Kayu Ara Pasong, Pontian, Johor, hari ini.

PONTIAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun mengalami detik cemas apabila terperangkap dalam sebuah kereta milik bapanya dalam kejadian di Lorong Berkat, Kayu Ara Pasong di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Pontian, Jalan Alsagoff, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abd. Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari keluarga mangsa pada pukul 7.35 pagi.

Menurutnya, ketika kejadian, ibunya dikatakan meletakkan mangsa di dalam kereta jenis Honda Fit sebelum wanita itu tertinggal sesuatu di dalam rumah.

“Mereka berdua hendak keluar rumah mahu hantar kanak-kanak ke rumah pengasuh tetapi ibunya tertinggal sesuatu dalam rumah.

“Apabila sudah keluar dari kereta, kunci rumah pula tertinggal di dalam kereta, bila nak buka pintu kereta tiba-tiba terkunci secara automatik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azhar berkata, Pasukan Keluar Operasi (PKO) menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta bagi menyelamatkan kanak-kanak itu yang terperangkap kira-kira 24 minit. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI