fbpx

Pace, Valiram tawar skim ansuran mudah beli barangan premium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Victoria’s Secret antara jenama popular dalam kalangan peminat produk wangian khususnya golongan muda. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Syarikat penyelesaian teknologi kewangan, Pace Enterprise (Pace) telah bekerjasama dengan peruncit barangan berjenama premium, Valiram bagi menawarkan skim pembayaran ansuran mudah buat pelanggan.

Menerusi perkongsian tersebut, pembeli barangan jenama yang diwakili Valiram di rantau ini, ditawarkan kemudahan ‘beli dahulu bayar kemudian’, bagi membolehkan mereka membahagikan kos pembelian barangan kepada tiga bayaran berasingan tanpa faedah.

Pembelian tersebut melibatkan jenama popular seperti Michael Kors, TUMI, Victoria’s Secret, Bath & Body Works dan Steve Madden sebelum bakal diperluaskan kepada jenama-jenama lain.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Pace, Turochas T. Fuad berkata, pihaknya menyasarkan untuk mengubah cara pelanggan di Asia Pasifik membeli-belah dan berbangga untuk bekerjasama dengan jenama serta institusi besar bagi memberi perkhidmatan kepada pengguna.

“Dengan lebih daripada 900 titik jualan dan pertumbuhan dalam nilai barangan kasar melebihi 550 peratus sejak Januari lalu, kami berbesar hati dengan pertumbuhan pesat yang sedang dialami,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan semalam.

Selain Valiram, Pace juga telah menjalin perkongsian bersama pelbagai pedagang tempatan dan serantau, termasuk jenama seperti Aldo, Miniso, Swee Lee, OG, Benjamin Barker dan ­Motherswork.

Fuad menjelaskan, kemudahan pembiayaan hutang baharu itu akan digunakan bagi mengembangkan perniagaan Pace di rantau ini.

Syarikat menyaksikan pertumbuhan pengguna sebanyak 1,300 peratus dan pertumbuhan rakan niaga sebanyak 200 peratus sejak Januari tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN