fbpx
Zulkifli membacakan doa sempena lawatannya ke kediaman lima beradik berkenaan di Bandar Sunggala, di sini, tadi. foto- MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

Lima beradik yatim dapat perhatian menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Lima beradik yang bergelar yatim piatu selepas kematian ibu bapa mereka akibat Covid-19 berasa terharu menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam.

Faridah Md. Shahar, 75, berkata, kedatangan tokoh agama itu meluangkan masa bersama lima cucunya memberi semangat buat dia sekeluarga untuk terus bangun selepas ditimpa musibah akibat Covid-19.

Menurut warga emas itu, sejak ditahan di Hospital Tampin akibat positif Covid-19, hatinya runsing memikirkan keadaan lima cucunya berusia tujuh hingga 23 tahun.

“Saya selalu berharap dapat keluar wad segera. Tak pernah saya membayangkan cucu-cucu akan berdepan dugaan seperti ini.

“Mereka tidak pernah berjauhan dengan arwah ibu dan ayah,” katanya ketika ditemui di Bandar Sunggala di sini hari ini.

Sementara itu, Zulkifli memberitahu, keluarga itu berdepan ujian luar biasa apabila dalam sekelip mata bergelar anak yatim piatu.

“Hari ini sempena Program Dengar, saya ambil inisiatif menziarahi sendiri keluarga ini dan menghulurkan bantuan.

“Kita akan berkolabrasi dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

“Melihat ketabahan, kesungguhan dan keredaan keluarga ini, saya yakin di hujungnya ada sinar yang membawa kebaikan, kebahagian dalam kehidupan mereka,” katanya.

Kosmo! 8 Jun lalu melaporkan kisah ketabahan Muhammad Haidir Rodzi, 23, perlu menjaga empat adiknya selepas ibu dan bapa mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI