fbpx

Lelaki cuba jual kereta berisi mayat teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johnson didakwa cuba menjual kenderaan milik teman wanitanya bersama mayat mangsa di dalamnya. -Jabatan Polis Metropolitan Nashville

NASHVILLE, TENNESSEE – Seorang lelaki warga Amerika Syarikat didakwa membunuh teman wanitanya sebelum cuba menjual kenderaannya yang berisi mayat mangsa, lapor akhbar New York Post semalam.

Jabatan Polis Metropolitan Nashville berkata, Robert Miquel Johnson, 31, cuba mengalihkan kenderaan milik teman wanitanya, Pamela Paz, 44, sehari sebelum mayat mangsa ditemui di dalam kereta itu di sebatang jalan di Nashville.

Selepas menyoal siasat Johnson, detektif kemudian cuba menjejaki seorang saksi yang berkata, dia melihat Johnson cuba menjual kenderaan jenis Dodge Charger itu.

Johnson juga memberikan maklumat yang salah ketika polis bertanya tentang lokasinya ketika  pembunuhan berlaku.

“Dia disoal siasat dan didapati memberikan maklumat palsu,” kata polis.

Johnson kini dipenjarakan atas tuduhan lain yang tidak berkaitan di daerah Wilson, namun dijangka akan dipindahkan ke Nashville. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN