fbpx

Tukang kayu didakwa rompak, laku amang seksual fizikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Hassan Husaini (tengah) di bawa keluar dari kamar mahkamah selepas dihadapkan atas dua pertuduhan merompak dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang tukang kayu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun pada dua minggu lalu.

Tertuduh, Syed Hassan Husaini Syed Muhamad Saufi, 27, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merompak telefon bimbit milik remaja perempuan berkenaan di tangga sebuah flat di daerah ini pada pukul 5 petang, 5 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Syed Hassan Husaini juga didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan memeluk mangsa dari belakang di lokasi, masa dan tarikh sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI