fbpx

Arab Saudi terima 450,000 permohonan haji dalam 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
60 peratus permohonan adalah daripada pemohon lelaki dan 40 peratus lagi adalah pemohon wanita. - Saudi Gazette

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menerima lebih daripada 450,000 permohonan haji dalam tempoh 24 jam pertama selepas pendaftaran haji bagi tahun ini dibuka, lapor Saudi Gazette kelmarin.

Kementerian itu berkata lebih 60 peratus pemohon adalah lelaki manakala 40 peratus lagi adalah pemohon wanita.

Kementerian itu telah melengkapkan fasa pertama yang memperuntukkan kem, institusi dan syarikat bagi program haji dan akan meneruskan operasi peruntukan sehingga hujung minggu ini.

Ini sebagai persiapan untuk tahap pemprosesan mengikut keperluan dan standard kesihatan yang mencapai kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada jemaah.

Sementara itu, Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Abdul Fattah Mashat mengesahkan bahawa tidak ada perbezaan dalam penerimaan berkaitan status kewarganegaraan pemohon yang mendaftar untuk menunaikan haji.

Tambahnya, pendaftaran haji tersedia untuk semua warganegara melalui portal elektronik.

Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang tidak menunaikan haji bagi tempoh lima tahun terakhir. 

Hujung minggu lalu, Arab Saudi mengumumkan bahawa hanya warganegaranya  dan  mereka yang menetap di negara itu  dibenarkan untuk menunaikan ibadah haji tahun ini dengan jumlah jemaah terhad kepada 60,000 orang. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI