fbpx

Seorang lagi kakitangan bank direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang lagi kakitangan sebuah bank direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi pada 2018 hingga 2020.

Majistret Parvin Hameedah Natchiar menetapkan perintah reman sehingga 21 Jun ini selepas permohohan dibuat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor pada pukul 4.05 petang semalam selepas diminta hadir memberi keterangan berhubung kes terbabit.

Terdahulu, mahkamah turut membenarkan permohonan lanjutan reman empat hari bermula hari ini terhadap enam kakitangan bank yang ditahan SPRM minggu lalu.

Enam individu berusia 36 hingga 45 tahun berkenaan sebelum ini direman tujuh hari bermula 9 Jun dan berakhir hari ini.

Kesemua individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemohon-pemohon pinjaman peribadi membabitkan 110 transaksi berjumlah kira-kira RM18 juta. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI