fbpx

Polis tahan lelaki bakar tafsir al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah tafsir al-Quran yang didakwa dibakar oleh seorang lelaki bukan Islam malam semalam.

KUALA NERANG – Polis menahan seorang lelaki yang didakwa membakar naskhah tafsir al-Quran di belakang tandas awam berhampiran Bangunan Tabung Haji di pekan Kuala Nerang di sini semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis menerima laporan mengenai tindakan lelaki itu yang tular di media sosial daripada orang awam pada pukul 12.25 tengah malam tadi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki bukan Islam berusia 36 tahun bertindak demikian dipercayai akibat kecewa dengan sikap kekasihnya yang beragama Islam kerana berubah hati dan naskhah tafsir al-Quran tersebut merupakan hadiah pemberian kekasihnya.

“Suspek mendakwa dia tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti agama.

“Selain menahan suspek, pihak polis turut merampas dua telefon bimbit, pemetik api serta selipar dipercayai digunakan suspek ketika kejadian bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI