fbpx

Polis buka kertas siasatan insiden pergaduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman video yang memaparkan insiden pergaduhan membabitkan dua kumpulan di Pasar Borong Kuala Lumpur di sini semalam.

PETALING JAYA – Polis telah membuka siasatan berhubung insiden pergaduhan yang tular membabitkan sekumpulan lelaki di Pasar Borong Kuala Lumpur di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan mendapati, pergaduhan berlaku semalam pada pukul 4.30 petang.

“Punca pergaduhan adalah disebabkan perselisihan faham antara dua pihak berkenaan isu menolak bakul sayur.

“Polis juga mendapati tiada sebarang senjata digunakan dalam pergaduhan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kertas siasatan akan dibuka dan dijalankan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh di tempat awam.

“Siasatan juga dijalankan mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit(Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 kerana tidak mematuhi Prosedur operasi standard (SOP).

“Individu yang terlibat juga telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial yang memaparkan tiga buah rakaman video yang memaparkan insiden pergaduhan membabitkan dua kumpulan lelaki berbaju hijau dan kuning di Pasar Borong Kuala Lumpur. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI