fbpx

KPT siasat dakwaan pelajar UM dilarang ambil peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menjalankan siasatan segera berhubung tindakan Universiti Malaya (UM) yang didakwa menghalang pelajar belum menerima vaksin daripada menyertai aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan peperiksaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, beliau sudah meminta Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr. Husaini Omar menjalankan siasatan lanjut terhadap isu itu dan mengambil tindakan berkaitan.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius tindakan UM itu dan mengingatkan pihak universiti supaya tidak membuat prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan berkaitan Covid-19 secara terasing daripada keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Adalah diingatkan bahawa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) masih sedang berjalan dan belum mencakupi seluruh rakyat Malaysia termasuk pelajar universiti.

“KPT menyokong penuh usaha menggalakkan mahasiswa mendaftar untuk menerima vaksin, namun mengingatkan universiti-universiti bahawa mereka tidak dibenarkan membuat SOP dan peraturan berkaitan Covid-19 secara terasing dari keputusan MKN,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI