fbpx

‘Izinkan saya urus Harimau Malaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU ISMAIL berbangga dengan JDT yang sudah mempunyai Dokumentari jerih perih membina pasukan JDT yang boleh disaksikan di luar negara

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi jaminan prestasi skuad Harimau Malaya akan meningkat sekiranya baginda diberi peluang menguruskan pasukan kebangsaan.

Tunku Ismail meluahkan pandangannya susulan rasa kecewa terhadap prestasi semasa Harimau Malaya yang mencatatkan kekalahan demi kekalahan sehingga gagal untuk melangkah ke pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Justeru, Tunku Ismail berharap Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin memberikan peluang kepada baginda mengembalikan semula reputasi Harimau Malaya di persada antarabangsa seperti apa yang dilakukannya pada JDT.

“Kepada Presiden FAM, izinkan saya mengendalikan pasukan kebangsaan. Saya akan memberikan kemudahan latihan dan barisan kejurulatihan terbaik.

“Saya tidak boleh berjanji kejayaan dalam kadar segera tetapi saya beri jaminan peningkatan pasukan,” kata baginda yang memuat naik kenyataan dalam Instagram Story miliknya semalam.

STATUS muat naik Tunku Ismail pada Instagram Story milik baginda semalam.

Tunku Ismail turut berpendapat, sistem pasukan kebangsaan harus diubah terutama mengenai status naturalisasi yang tidak sepatutnya diberi sebarangan.

“Sistem perlu diubah. Lepas ni naturalisasi jangan bagi sebarang sebarang. Ia perlu dikawal dan dianalisis oleh pasukan teknikal pasukan kebangsaan sama ada pemain itu sesuai dengan corak permainan pasukan,” jelasnya.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya yang kini berada di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan mengharungi perlawanan terakhir Kumpulan G menentang Thailand di Stadium Al Maktoum tengah malam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI