fbpx

SOP PKP Penuh dilonggar berdasarkan matrik risiko 4 tahap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham bercakap dalam sidang akhbar perkembangan PICK di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA- Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 hanya boleh dilonggarkan berdasarkan matrik risiko semasa yang mengandungi empat tahap.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, SOP sekatan pergerakan penuh fasa kedua yang bermula esok belum boleh dilonggarkan kerana kes harian Covid-19 masih tinggi.

“Jika kes lebih 8,000 sehari, SOP tentu akan jadi lebih ketat, namun ketika ini seluruh negara catat di bawah 8,000 sehingga 4,000 kes sehari, iaitu tahap kita berada sekarang.

“Kementerian Kesihatan akan bentang matrik risiko dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara dan penilaian itu dilihat dengan ambil kira pelbagai skop tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mingguan Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) ketika ditanya berhubung kemungkinan SOP fasa kedua PKP 3.0 akan dilonggarkan.

Ia susulan kenyataan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Johor semalam bahawa SOP boleh dikaji semula jika kes harian kurang 4,000 sehari. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI