fbpx

Maut terjatuh lubang kumbahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat seorang pekerja pelenggaraan yang maut selepas terjatuh dalam lubang kumbahan di sebuah pasar raya di Batu Pahat, Johor malam semalam.

BATU PAHAT- Seorang pekerja penyelenggaraan menemui ajal selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air kumbahan di sebuah pasar raya, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa, Yazali Yakub, 54, ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di lubang tersebut.

“Pada pukul 8.20 malam tadi, pihak polis menerima panggilan telefon daripada orang awam menyatakan seorang lelaki dijumpai tidak sedarkan diri di dalam lubang saluran air kumbahan.

“Bertindak atas laporan, polis telah bergegas ke tempat kejadian dan percaya mangsa telah terjatuh ke dalam lubang berkenaan yang mempunyai kedalaman lebih kurang empat meter,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang merupakan pekerja bahagian penyelenggaraan di pasar raya itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Penggaram dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk bedah siasat,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI