fbpx
KD memuat naik gambar senaman paginya di laman Instagram. - Instagram

Krisdayanti digelar Gadis Baywatch Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Aksi senaman pagi penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti menjadi bualan netizen kerana kecergasan wanita itu walaupun melangkaui  usia 40-an, lapor Suara.com semalam.

Isteri kepada ahli perniagaan, Raul Lemos itu bahkan diberi jolokan Gadis Baywatch iaitu siri televisyen popular di Amerika Syarikat.

Kecergasan KD di usia 40-an dipuji peminat. – Instagram

Antara senaman yang dimuat naik Krisdayanti di laman Instagramnya adalah berenang, tekan tubi dan mengangkat pemberat atau dumbell.

“Apa rahsia KD (panggilan mesra Krisdayanti) ya apabila di usia 40-an masih mampu bersenam seperti orang muda?,” soal seorang peminat.

“KD sangat cantik seperti Gadis Baywatch. Bentuk badan masih mantap seperti Jennifer Lopez,” komen seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI