fbpx

Eun-woo tinggalkan Master In The House

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHA EUN-WOO

HANYA mampu bertahan selama setahun, penyanyi Cha Eun-woo akhirnya membuat keputusan mengejutkan apabila mengundurkan diri daripada program popular, Master In The House terbitan SBS.

Perkara berkenaan disahkan wakil produksi berkenaan. Pengunduran penyanyi kumpulan Astro itu dibuat pada 10 Jun lalu.

Lebih mengejutkan, pengunduran Eun-woo turut disertai seorang lagi ahli program popular berkenaan iaitu pelakon Shin Sung-rok.

“Shin Sung-rok dan Cha Eun-woo yang telah bersama kami sepanjang suka dan duka akan meninggalkan Master In The House.

“Episod terakhir mereka akan ditayangkan pada 20 Jun ini. Selepas berbincang panjang, produksi menghormati keputusan mereka untuk menarik diri.

“Semuanya dibuat atas faktor kedua-dua mereka mahu memberi fokus untuk karier utama masing-masing,” katanya.

Wakil produksi juga tidak melepaskan peluang mengucapkan terima kasih atas segala usaha dan kerja keras kedua-dua pelakon itu sepanjang penglibatan mereka selama ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI