fbpx

England berjaya tumbangkan Croatia di Wembley

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAHEEM Sterling meraikan jaringan pembukaan ketika England menewaskan Croatia 1-0 pada aksi Kumpulan D Euro 2020 di Stadium Wembley, London sebentar tadi. - AFP

LONDON – Pasukan England membuka tirai saingan Euro 2020 dengan kemenangan apabila berjaya mengatasi Croatia pada aksi Kumpulan D Euro 2020 di Stadium Wembley sebentar tadi.

Skuad The Three Lions menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan mempamerkan aksi bertenaga apabila melakukan serangan bertali arus ke arah gawang Croatia sepanjang perlawanan tersebut.

Skuad kendalian Gareth Southgate tampil dengan agresif pada awal permainan apabila Phil Foden hampir mambuka jaringan seawal minit pertama perlawanan, namun rembatan kencangannya itu sekadar mengegar tiang gol.

England terus mengatur strategi dan menggandakan serangan, namun masih gagal untuk menembusi benteng pertahanan Croatia. Keputusan 0-0 kekal pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua perlawanan, England dilihat berjaya memanfaatkan kelekaan benteng pertahanan Croatia apabila meledak gol pembukaan pada minit ke-57 menerusi bintang Manchester City, Raheem Sterling.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Croatia terus meningkatkan tempo permainan, namun percubaan skuad bimbingan Zlatko Dalic itu serba tidak menjadi apabila dilihat sukar melepasi pertahanan ampuh England.

Kedua-dua pasukan bagaimanapun terus melancarkan serangan ke arah kubu lawan pada penghujung perlawanan, namun kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan England mengutip tiga mata penuh pada kempen Euro 2020 dalam usaha skuad The Three Lions melangkah jauh pada kejohanan berkenaan.

Selepas ini, England dijadualkan menentang Scotland pada Sabtu depan disusuli Republik Czech, 23 Jun dengan semua perlawanan berlangsung di Stadium Wembley. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI