fbpx

Restoran di Maryland saji riang-riang bersalut coklat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dwyer mula menjual menu pelik ini sejak bulan lalu. - Instagram

BETHSEDA, MARYLAND – Sebuah restoran di Amerika Syarikat menyajikan menu serangga riang-riang bersalut coklat, lapor akhbar Hindustan times baru-baru ini.

Pemilik Chouquette Chocolates, Sarah Dwyer berkata, dia mula menyalut riang-riang jenis Brood X yang pertama kali dilihat sejak 2004 itu dengan coklat semenjak bulan lalu, dan menyifatkan menu itu sangat enak.

“Apabila anda menggabungkan coklat, kulit kayu manis dan rasa kekacang daripada riang-riang itu, ia seolah-olah anda sedang dalam musim percutian.

“Bayangkan anda berjalan di sebuah bandar besar dan terhidu bau orang sedang memanggang kacang dan juga kulit kayu manis, begitulah rasanya,” kata Dwyer.

Dwyer bersama pekerjanya akan mengumpulkan riang-riang yang diambil daripada pokok di belakang kedai mereka.

Dwyer menyifatkan gabungan rasa coklat, kulit kayu manis dan riang-riang itu sangat enak. – Nicole Graner

Riang-riang itu kemudian akan diletakkan dalam beg kertas dan dimasukkan ke dalam peti sejuk beku kerana suhu sejuk itu akan menidurkan serangga itu sehingga ia mati.

Dwyer kemudian akan merebus riang-riang tersebut, membersihkannya dan menggoreng serangga itu sehingga rangup  dan ditaburi dengan serbuk kayu manis sebelum disalut coklat.

Bagi Dwyer, inilah masanya untuk orang ramai membiasakan diri dengan satu lagi makanan berprotein yang padanya akan menjadi bertambah popular kelak.

“Sudah tidak banyak sumber protein yang tinggal dan saya rasa pada tahun 2038 nanti, orang ramai sudah tidak lagi teragak-agak untuk memakan serangga,” katanya.  -Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN