fbpx

Lelaki cedera, kereta rempuh kedai makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan sebuah kereta yang merempuh masuk ke dalam kedai makan di Kilometer 68, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Bidor semalam.

TAPAH – Seorang lelaki cedera selepas kereta yang dipandunya melanggar sebuah kedai makan di Kilometer 68, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Bidor semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, pemandu kereta jenis BMW berusia 37 tahun turut melanggar tiang lampu jalan hingga patah.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku ekoran kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas semasa dalam perjalanan ke Tapah.

“Siasatan mendapati, kereta itu terbabas melanggar tiang lampu di tepi jalan sebelum terperosok ke dalam sebuah kedai makan di lokasi berkenaan.

“Semasa pegawai penyiasat tiba di lokasi, pemandu kereta tiada dan laporan hanya dibuat di Balai Polis Bidor pada pukul 12 tengah hari,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa hanya cedera ringan dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI