fbpx

‘Hero lembik’ tetapi penonton suka – Shukri Yahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUKRI YAHAYA

PETALING JAYA – “’Hero lembik tetapi ramai suka tengok drama ‘cintan-cintun’.”

Itu ayat yang terluncur di bibir aktor Shukri Yahaya ketika mengulas jolokan ‘hero lembik’ yang dilabelkan kepadanya, susulan sering menjayakan drama cinta dan air mata.

Jolokan tersebut dilemparkan ke mukanya ekoran watak Nazril Nazim yang sering menitiskan air mata sehingga digelar lelaki lemah menerusi drama Rindu Awak Separuh Nyawa (RASN).

Shukri atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Yahaya, 33, bagaimanapun tidak pernah menganggap semua watak utama yang dipegangnya sebagai ‘hero lembik’.

“Agaknya perkara tersebut tercetus kerana saya sering berlakon dalam drama-drama berkisahkan cinta dan air mata.

“Sepatutnya tidaklah wujud label ‘hero lembik’ kerana watak-watak air mata dan drama genre sebegini muncul kerana banyak permintaan daripada penonton sendiri. Sambutan yang mereka berikan sangat hebat,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Bercerita lanjut, permintaan syarikat produksi menerbitkan drama bergenre lain seperti aksi atau thriller juga sangat kurang ketika ini.

“Ramai yang suka dengan drama cinta berbanding cerita lawan-lawan,” tambahnya.

Berkongsi mengenai pelbagai mesej yang diterimanya mengenai RASN, dia tidak menyangka karya arahan Along Kamaludin itu ditonton segenap lapisan usia.

Mengakui gembira menerima banyak mesej positif daripada penonton, Shukri bersyukur kerana hasil kerjanya diterima ramai.

“Selain penonton yang berbeza lapisan umur, mereka juga hadir daripada negara lain seperti Indonesia, Australia. Terkejut dan lucu membaca semua komen mereka.

“Rata-rata mereka memberi komen terkesan dengan watak saya, ada yang marah dan puji. Pesan saya, jadilah penonton yang bijak menilai fantasi dan realiti,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI