fbpx

Guna dron pantau aktiviti pencemaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman foto pemantauan udara menggunakan dron oleh penguat kuasa JAS negeri Perak di Kawasan Perindustrian FTZ Jelapang dan premis industri berhampiran.

IPOH – Walaupun situasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini menyaksikan sebahagian sektor industri ditutup, namun tugas penguatkuasaan terhadap kelestarian alam sekitar tetap dijalankan bagi mengelak berlakunya pencemaran.

Penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Perak misalnya telah menjalankan pemantauan pencemaran melalui udara dengan menggunakan dron di sekitar kawasan Jelapang semalam bagi memastikan tidak berlaku aktiviti pencemaran.

JAS Perak dalam satu kenyataan memberitahu, lokasi tumpuan pemantauan termasuklah Kawasan Perindustrian FTZ Jelapang dan premis industri berhampiran.

Menurut kenyataan tersebut, hasil pemerhatian udara mendapati tiada aktiviti premis yang mencurigakan kerana terdapat premis yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa.

“Selain pemantauan dron, penguat kuasa JAS negeri Perak juga telah menjalankan rondaan penguatkuasaan terhadap premis industri yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP di sekitar Kawasan Perindustrian Bercham.

“Rondaan penguatkuasaan ditumpukan kepada industri berasaskan getah dan premis industri lain yang berisiko mencemarkan alam sekitar daripada segi air, udara dan buangan terjadual,” ujar kenyataan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI