fbpx

Sudah rujuk pakar, telinga Misha Omar tak ada masalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASALAH pendengaran yang dihidapi Misha Omar hanya perkara biasa,

PETALING JAYA – Penyanyi Misha Omar mampu menarik nafas lega apabila masalah pendengaran yang dihidapinya bukan sesuatu yang serius yang tidak perlu dirisaukan.

Pelantun Sampai Bila itu juga sudah mendapatkan rawatan dan nasihat pakar perubahan dan dimaklumkan masalah pendengaran yang dialami sejak kelmarin pada telinga kanannya hanya perkara biasa.

“Mula-mula kena tu memang rasa pelik juga. Bangun daripada tidur terus telinga belah kanan rasa lain macam (tak dengar).

“Bayangkan semua bunyi kedengaran seolah-olah dari arah belakang. Gila tak risau dan panik lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik Covid-19 yang tak menentu sekarang ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Menurut Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, sebaik mendapatkan rawatan di sebuah klinik, doktor mengesahkan tiada apa yang perlu dirisaukan dan hanya perkara biasa yang dihadapi kebanyakan orang.

“Doktor ada bekalkan ubat drop (titis) dan pantau untuk tiga hari ni. Isnin depan saya akan ke klinik tersebut sekali lagi untuk rawatan lanjut.

“Buat masa sekarang, pendengaran sama sahaja seperti awal-awal kena. Cuma rasa lebih selesa selepas gunakan ubat titis yang diberikan,” katanya.

Pada masa sama, penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga-Bunga Cinta itu memberitahu, muat naik dan perkongsian dalam Instagram tentang masalah dihadapinya dibuat buikan bertujuan untuk menakut-nakutkan sesiapa, tetapi sebagai kesedaran bersama.

“Macam saya sendiri mula-mula kena pun rasa panik. Sebelum ni memang tak pernah kena. Kepala asyik fikir adakah ini salah satu simptom Covid-19.

“Tapi bila sudah rujuk kepada pakar perubatan, tiada apa yang perlu dicemaskan. Apa pun jika rasa badan tidak sihat dan ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri anda, segeralah bertemu dengan mereka yang lebih arif,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI