fbpx

Malaysia berada pada fasa pemulihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ekonomi negara dijangka kembali pulih menjelang separuh kedua tahun ini. -Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Penarafan A3 kepada Malaysia oleh laporan Moody’s Investors Service baru-baru ini mencerminkan ekonomi negara berada pada landasan pemulihan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, laporan oleh firma penarafan antarabangsa itu mengunjurkan prospek ekonomi negara yang stabil berlandaskan kepada beberapa faktor utama.

Beliau berkata, antara faktor dirujuk termasuk kepelbagaian, daya saing, skala ekonomi bersaiz sederhana yang besar, sumber semula jadi mencukupi dan prospek pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh.

“Moody’s turut menjangkakan, pandemik Covid-19 tidak akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.

“Gelombang jangkitan Co­vid-19 ketika ini dan masa hadapan hanyalah bersifat sementara dan tidak akan menghalang ekonomi kembali ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) ke-56 semalam.

Tengku Zafrul menerangkan, kerajaan masih mengekalkan dasar ekonomi dan fiskal yang efektif dan berhemah.

“Program vaksinasi kebangsaan juga membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi jika kita dapat mencapai imuniti berkelompok pada waktu yang disasarkan,” jelasnya.

Tambah beliau, program Imu­nisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ketika ini dijangka dapat membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi negara.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan berusaha melakukan yang terbaik bagi mengekang penularan Covid-19 sekali gus memastikan proses pemulihan ekonomi dapat diteruskan.

Menurutnya, orang ramai boleh memainkan peranan dengan memastikan diri mereka divaksin dengan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.

“Ia (pendaftaran vaksin) pen­ting untuk memastikan ekonomi kembali pulih dan berkembang mulai separuh kedua tahun ini,” katanya.

Katanya, program vaksinasi dan jumlah orang ramai yang mendapat vaksinasi meningkat mampu melonjakkan ekonomi negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI