fbpx

Dua pekerja taska ditahan dera kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Dua pekerja sebuah taska di dalam sebuah hospital di negeri ini ditahan selepas dipercayai mendera dua kanak-kanak berusia setahun, baru-baru ini.

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 26 tahun itu ditangkap pukul 3 petang, Rabu lalu selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, penangkapan itu susulan laporan berhubung kes penderaan diterima daripada ibu kepada salah seorang mangsa pada hari sama.

Katanya, kanak-kanak itu luka di bahagian pipi serta lebam di beberapa bahagian anggota badan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati terdapat seorang lagi kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan di taska sama yang terletak di dalam salah sebuah hospital.

“Mangsa dipercayai telah dipukul di bahagian kaki dan kepala dengan menggunakan bantal. Kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, pihaknya turut merampas sebiji bantal bagi tujuan membantu siasatan.

Arjunadi menjelaskan taska tersebut turut dilengkapi dengan televisyen litar tertutup ( CCTV )

“Kedua-dua suspek telah dilepaskan dengan jaminan polis dan kertas siasatan hampir siap sebelum diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI