fbpx

6,849 kes direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 6,849 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 646,411 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan sebanyak 2,558 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 884 kes dan Sarawak sebanyak 699 kes.

“Seterusnya, Negeri Sembilan (685 kes), Johor (426 kes), Sabah (309 kes), Kelantan (248 kes), Pulau Pinang (205 kes), Labuan (176 kes), Melaka (170 kes), Perak dan Kedah (masing-masing 161 kes), Pahang (89 kes) dan Terengganu (66 kes).

“Putrajaya pula sebanyak 10 kes manakala, Perlis dengan dua kes,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI