fbpx
Kenderaan Proton X70 berwarna kelabu yang dinaiki bekas Perdana Menteri itu dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pada pukul 1.58 tengah hari tadi.

Tun M tiba di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira pukul 1.58 tengah hari tadi.

Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu tiba menaiki kenderaan Proton X70 berwarna kelabu melalui Pintu 2 Istana Negara.

Beliau merupakan pemimpin parti politik yang ketiga menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Pagi tadi, turut hadir di Istana Negara ialah Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI