fbpx

Tsitsipas halang kemaraan Medvedev

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TSITSIPAS mara ke separuh akhir Terbuka Perancis buat kali kedua berturut-turut selepas menundukkan Medvedev pada aksi suku akhir awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Bintang tenis Greece, Stefanos Tsitsipas mara ke pentas separuh akhir Terbuka Pe­rancis buat kali kedua berturut-turut selepas mengejut pemain No.2 dunia, Danill Medvedev awal pagi semalam.

Pemain berusia 22 tahun tersebut mara ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan 6-3, 7-6, 7-5 sekaligus akan berdepan pemain Jerman, Alexan­der Zverev hari ini

Musim ini, pemain Greece tersebut meraih kemenangan paling banyak siri Jelajah ATP terutama di gelanggang tanah liat apabila menjuarai gelaran di Monte Carlo dan Lyon.

“Perlawanan yang menarik dan sukar kerana kami berdua bermain dengan begitu baik terutama menerusi pukulan servis. Saya akui pukulan Medvedev sangat kuat.

“Pada saingan ini, saya telah menentang salah seorang pemain terbaik dalam kejohanan ini. Saya terpaksa meningkatkan tahap permainan saya disepanjang perlawanan.

“Secara keseluruhan saya gembira dapat melepasinya dan terus bertahan dalam saingan ini. Saya cuba melakukan yang terbaik untuk melangkah ke final,” kata pemain ranking No.5 dunia tersebut.

Sebagai rekod, ia merupakan kali kedua Tsitsipas berjaya meng­atasi Medvedev dalam lapan aksi sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI