fbpx

Penghantar makanan maut rempuh belakang Nissan Navara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian, hari ini.

PETALING JAYA – Gagal mengelak dipercayai punca menyebabkan seorang penghantar makanan merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Subang-Sungai Buloh, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, mangsa yang dikenali Muhammad Aminulfikrie Zulkapli, 23, yang beralamat di Kota Damansara meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, hasil siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC itu dipercayai datang dari arah Kampung Subang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa disyaki gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara.

“Kereta tersebut dikatakan sedang melakukan kerja-kerja selenggara jalan dan berhenti di lorong pertama. Terdapat dua pekerja sedang mengawal lalu lintas di bahagian belakang kenderaan itu ketika kejadian berlaku,” ujarnya hari ini.

Menurut beliau, rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 14 meter ke lorong kiri sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI