fbpx
Hamzah (tengah) diiringi Khairul Dzaimee (kiri) meninjau pusat saringan pada sesi walkabout di KLIA, Sepang hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

Lebih 85,000 permohonan MyTravelPass ditolak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak 86,309 permohonan MyTravelPass dengan kategori warga asing dan penduduk tetap (PR) paling banyak tidak diluluskan bagi tempoh bermula 7 Oktober tahun lalu hingga 9 Jun lepas.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jumlah itu daripada 201,076 permohonan yang diterima mengikut tujuh kategori ditetapkan.

“Jumlah permohonan kategori melibatkan kemasukan warga asing dan PR paling tinggi ditolak iaitu melibatkan kategori pas lawatan sosial iaitu sebanyak 16,310, ekspatriat (20,030) dan pekerja asing (23,196).

“Permohonan MyTravelPass yang diluluskan pula sebanyak 114,767,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.  -K! ONLINE