fbpx

Kalau takut dengan yang pandai, dialah yang ‘bingai’ – Sharifah Amani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH AMANI

PETALING JAYA – Aktres Sharifah Amani membidas dengan penuh sinikal kenyataan pakar motivasi, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad yang sebelum ini mengatakan kaum wanita perlu ‘bodoh sikit’ supaya jodoh datang cepat.

Amani atau nama lengkapnya, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya menerusi satu ranjutan ciapan ringkas Twitter berkata, dirinya tidak perlu jadi bodoh untuk bertemu jodoh.

“Jodoh saya sudah tertulis oleh Yang Maha Kuasa. Saya percaya dan saya berusaha untuk kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga sementara tunggu apa yang sudah tertulis buat saya.

“Tak payah jadi bodoh. Pegang pada iman, percaya dengan Allah. Insya-Allah, nanti dia (jodoh) sampai,” ciapnya.

Dalam pada itu, pelakon filem ikonik Sepet itu sempat memberi peringatan kepada orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin walaupun kecoh isu jodoh dan bodoh.

“Jodoh, jodoh jugak vaksin dah cucuk? Dah daftar? Kalau belum tekan pautan, https://vaksincovid.gov.my.

“Jodoh ke, tiada jodoh ke, akhirnya nanti kubur tetap sorang tau. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Amani turut membalas ciapan seorang netizen yang mengatakan, tak perlu jadi bodoh untuk jodoh. Nanti terjodoh dengan yang bodoh.

Balas Amani: “Kalau dia takut dengan yang pandai, dialah yang ‘bingai.”

Semalam, tular dalam media sosial apabila Muhaya menyatakan kedudukan lelaki masih sebagai ketua dan imam bagi seorang wanita walau jawatan seseorang wanita itu lebih tinggi.

Katanya, wanita perlu meraikan kepimpinan lelaki dan tidak terlalu sibuk mahu berdiri sama tinggi dengan lelaki dan terlalu mahu berdikari kerana boleh mengakibatkan lambat dapat jodoh.

“Orang lelaki suka wanita lemah lembut, yang mengharapkan, suka ditolong. Biarlah macam bodoh-bodoh sikit,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI