fbpx

‘Cedera apa? tiada langsung, saya kuat!’ – Lupin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Omar Sy kembali dengan peranannya sebagai Assane Diop dalam siri original popular, Lupin Part 2.

PETALING JAYA – Pemain karakter protagonis siri original Netflix, Lupin, Assane Diop iaitu Omar Sy memaklumkan dia langsung tidak mengalami kecederaan saat menjayakan siri bahagian kedua naskhah popular tersebut.

Katanya kepada Kosmo! Online pada sesi temu bual secara maya baru-baru ini, fizikalnya kuat dan tiada satu peluang pun dirinya mengalami kecederaan walaupun banyak melakonkan banyak babak aksi dalam siri arahan pengarah George Kay itu.

“Cedera apa? No, nothing! (tiada langsung). Saya sangat kuat.

“Masih ingat saya pernah berlakon sebagai Bishop dalam X-Men: Days of Future Past? Saya sekuat itu (ketawa),” kata anak keempat daripada lapan adik-beradik kelahiran Trappes, Perancis itu.

Ditanya bagaimana kehidupannya berubah selepas Lupin menjadi antara siri paling popular global, Omar memberitahu, Lupin membuka jalan pintu lebih luas buatnya untuk terus menyinar dalam dunia lakonan antarabangsa.

“Perjalanan karier saya lebih hebat dan menyeronokkan. Orang mula lebih kenal.

“Saya dapat berborak dengan produser dan penulis berbeza dan perihal menarik seperti itu. Peluang lebih besar tentang apa yang saya boleh buat berikutnya. Saya sangat gembira,” katanya lagi.

Lupin Part 2 kembali esok (11 Jun) di Netflix.

Lupin Part 2 akan mula boleh ditonton peminat siri itu bermula esok, 11 Jun menerusi platform penstriman popular dunia, Netflix.

Assane (lakonan Omar) kembali menuntut keadilan dan ingin membalas dendam terhadap taikun bisnes, Hubert Pellegrini (Hervé Pierre), dalang penculikan anaknya, Raoul pada bahagian pertama siri terbabit.

Lupin mencipta rekod luar biasa apabila bahagian pertamanya ditonton lebih 70 juta isi rumah sekali gus menjadikannya siri ‘bukan-Inggeris’ paling banyak ditonton di Netflix. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI