fbpx

Bekalan darah HTAA kurang hampir 50 peratus 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Izzat Afifi Abd Hamid (dua dari kanan) turut serta menderma darah pada kempen menderma darah di HTAA, Kuantan semalam.

KUANTAN – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerisauan orang ramai terhadap penularan pandemik Covid-19 menyebabkan bekalan darah di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan mengalami kekurangan.

Difahamkan HTAA kini berdepan masalah kekurangan bekalan darah hampir 50 peratus sejak pandemik Covid-19 melanda negara tahun lalu apabila jumlah penderma darah menurun.

Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Transfusi HTAA, Dr. Rashidah Abdul Rahman berkata, pihaknya kini hanya dapat mengumpul kira-kira 250 beg bekalan darah bagi tempoh seminggu.

Menurutnya, berbanding sebelum pandemik, kita dapat bekalan darah kira-kira 400 beg seminggu dan pengurangan ini disebabkan orang ramai takut untuk keluar menderma semasa keadaan begini.

“Bekalan darah yang berkurang sedikit sebanyak memberi kesan kepada pesakit yang memerlukan seperti pesakit talasemia, ibu bersalin, mangsa kemalangan dan sebagainya.

“Bekalan darah berkurang tidak bermakna penggunaannya juga akan berkurang, malah kadar penggunaan tetap sama bahkan ada masa lebih,” katanya pada Program Derma Darah anjuran Majlis Belia Malaysia Negeri Pahang di HTAA, di sini semalam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI