fbpx

Beijing didakwa mohon paten vaksin tiga bulan sebelum pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penyelidik menjalankan penyelidikan di makmal P4 di Wuhan, wilayah Hubei, China, pada 23 Februari 2017. – AFP

BEIJING – Seorang saintis tentera China yang mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan membuat permohonan paten untuk vaksin Covid-19 sebelum wabak itu diklasifikasikan sebagai pandemik global.

Yusen Zhou yang berkhidmat dalam Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA), mengemukakan dokumen itu bagi pihak Parti Komunis pada 24 Februari 2020, demikian menurut akhbar Australia.

Tarikh tersebut adalah lima minggu selepas China pertama kali mengesahkan penularan koronavirus terhadap manusia, lapor akhbar Daily Mail kelmarin

Zhou juga dikatakan bekerjasama rapat dengan saintis di Institut Virologi Wuhan (WIV), termasuk penyelidik yang dieknali kerana kajiannya mengenai kaitan koronavirus dan kelawar, Shi Zhengli.

Hubungan rapat mereka mengukuhkan spekulasi bahawa virus Covid-19 bocor dari makmal WIV dan China sedar mengenai penyebaran koronavirus dalam kalangan manusia sebelum memberi amaran kepada masyarakat antarabangsa.

 

Shi ZHENGLI merupakan saintis China yang dikenali di peringkat antarabangsa kerana penyelidikannya mengenai kaitan koronavirus dengan kelawar. – Daily Mail

Tiga bulan selepas permohonan paten itu, Zhou ditemui mati dalam keadaan misteri.

Akhbar The New York Post mendakwa bahawa kematiannya hanya dilaporkan oleh satu media China sahaja di sebalik hakikat beliau adalah salah seorang saintis terkemuka di negara komunis itu.

Sepanjang kerjayanya, Zhou pernah menjalankan penyelidikan yang mempunyai kaitan dengan institusi AS termasuk Universiti Minnesota dan Pusat Darah New York, lapor akhbar itu.

Sejak beberapa minggu lalu, ramai saintis terkemuka dunia berusaha untuk mengesahkan adakah benar virus itu bocor dari makmal WIV

Teori kebocoran makmal pada mulanya ditolak oleh media dan komuniti akademik. Bagaimanapun, Presiden AS, Joe Biden pada minggu lalu mengarahkan agensi perisikan untuk melancarkan siasatan sama ada Covid-19 adalah virus buatan manusia.

Berpuluh-puluh makmal kebangsaan yang dikendalikan Jabatan Tenaga AS telah diarah untuk membantu pasukan perisik dalam jangka masa siasatan tersebut selama 90 hari.

Makmal kebangsaan AS turut diarah bekerjasama kerana kemampuannya untuk mengumpulkan sejumlah besar data menggunakan komputer berteknologi canggih yang dimiliki pusat berkenaan.

“Kami mahu sains menjadi sebahagian besar daripada siasatan ini.

“Kami akan menggunakan sepenuhnya semua sumber kecerdasan dan komuniti saintifik yang ada di AS untuk mencari punca sebenar kewujudan Covid-19,” tegas seorang pegawai White House. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI