fbpx

Anggota polis peluk Islam ketika PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Adam Benjamin Sering (kanan) melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Jabatan Agama Islam Daerah Rompin, Mohd. Nabil Mohd. Fauzi (kiri) di IPD Rompin di Rompin Pahang baru-baru ini.

ROMPIN – Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik Covid-19 menjadi detik paling bermakna buat seorang anggota polis apabila mendapat hidayah memeluk agama Islam selepas sekian lama ‘tertanya-tanya’ mengenai agama itu.

Banyuong Sering,38, melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Jabatan Agama Islam Rompin, Mohd. Nabil Mohd. Fauzi di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Rompin Jumaat lalu seterusnya memilih nama Islam Muhammad Adam Benjamin Sering.

Muhammad Adam Benjamin berkata, tahun ini amat bermakna kerana merupakan tahun hidayah Allah apabila dibukakan hatinya memeluk Islam selepas berjaya berpuasa selama sebulan dan menyempurnakan puasa enam.

“Malam sebelum mengucap dua kalimah syahadah saya begitu teruja dan tidak dapat tidur selain ada rasa sedikit gementar menanti hari yang amat bermakna bagi saya itu.

“Selepas mengucap saya rasa sangat lega, rasa sangat disayangi, rasa kawan-kawan menyayangi saya dan wujud perasaan yang begitu tenang sekali,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohamad Adam Benjamin yang berasal dari Sri Aman, Sarawak dia akan terus belajar dan mendalami Islam termasuklah dengan rakan-rakan dalam usaha mengamalkan ajaran agama Islam dengan baik.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI