fbpx

Suami pemabuk diberkas pukul isteri, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Kesengsaraan empat beranak menjadi mangsa keganasan ketua keluarga mereka yang kaki mabuk sejak setahun lalu berakhir, semalam.

Suspek berusia 47 tahun itu ditangkap pukul 12.35 tengah malam di rumah mereka di Taman Sentosa di sini selepas anak lelaki mangsa melaporkannya kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal suspek didapati telah memukul mangsa pukul 5 petang sehari sebelum ditangkap menggunakan tali pinggang, cawan dan kasut.

Katanya, turut menjadi mangsa kepada suspek tersebut adalah isterinya dan dua lagi anak perempuannya berusia 9 hingga 45 tahun.

“Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori didapati sering pulang dalam keadaan mabuk sebelum memukul keempat-empat beranak itu.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian telah berlaku beberapa kali sejak tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas beliau, siasatan lanjut masih dijalankan dan suspek kini direman selama tiga hari sehingga esok.

Kes disiasat mengikut 324 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI