fbpx

Rokok tanpa cukai bernilai lebih RM1.2 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPM Wilayah Dua berjaya merampas 8,550 karton rokok bernilai RM1.28 juta dalam serbuan di sebuah premis di Pusat Komersial Sierra Maharani, Muar, semalam. - FOTO: IHSAN PDRM

MUAR- Polis berjaya mematahkan aktiviti jualan rokok tanpa cukai di daerah ini susulan rampasan sebanyak 8,550 karton rokok bernilai RM1.28 juta dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Siera 6, Pusat Komersial Sierra Maharani, di sini semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, kejayaan itu hasil operasi risikan selama 48 jam.

“Dalam operasi kontraban pada pukul 4.30 petang bersama pihak Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, kita berjaya menemui sebanyak 171 kotak rokok di sebuah stor yang dijadikan tempat penyimpanan barangan itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 8,550 karton rokok pelbagai jenama di dalam kotak bewarna coklat yang disembunyikan di dalam premis dipercayai stor transit. Nilai rampasan berjumlah RM 1.28 juta termasuk cukai Kastam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI