fbpx

Netizen keliru Nabila Huda terima vaksinasi lepas sembuh Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto (kanan) Nabila selepas menerima suntikan vaksin mencetuskan tanda tanya ramai.

PETALING JAYA – “Sudah suntik vaksin? Bukankah kena tunggu tiga bulan selepas positif Covid-19?”

Itu antara pertanyaan yang menghujani pelakon Nabila Huda dalam Instagram selepas berkongsi foto dia dan suami, Mohd. Izwan Johar selesai menerima suntikan pertama vaksin hari ini.

Hasil tinjauan Kosmo!, terdapat netizen yang mempersoalkan dan bertanya adakah bekas pesakit Covid-19 seperti Nabila dibenarkan menerima suntikan vaksin meskipun sembuh daripada virus tersebut dalam tempoh kurang tiga bulan.

Malah, ruangan komen hantaran tersebut menjadi platform netizen yang pernah dijangkiti Covid-19 berkongsi kekeliruan mereka tentang status dan tarikh mereka dibenarkan mengambil suntikan vaksin.

ANTARA komen netizen yang bertanyakan bagaimana Nabila dibenarkan menerima suntikan vaksin meskipun kurang sebulan dia sembuh daripada virus tersebut.

“Bukankah perlu tunggu tiga bulan selepas positif Covid-19? Saya keliru,” tulis seorang pengikut Instagramnya, @aimi_rudy.

“Bukankah perlu tunggu tiga bulan selepas tarikh akhir kuarantin? Saya bekas pesakit Covid-19 dan sepatutnya dapat vaksin beberapa hari lalu.

“Namun, selepas hubungi nombor hotline dalam MySejahtera, mereka beritahu tidak perlu datang dan perlu tunggu selama tiga bulan,” komen seorang lagi pengguna Instagram, @azwn.k.

Membalas pertanyaan ramai, pelakon drama Diva Popular itu bagaimanapun tidak pasti mengenai situasi tersebut.

“Saya tidak pasti. Saya hanya pergi sahaja mengikut tarikh yang diberikan dalam MySejahtera. Alhamdulillah mereka tidak cakap apa-apa pun,”

Terdahulu, pada Februari lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, bekas pesakit Covid-19 boleh dipertimbangkan untuk menerima suntikan vaksin sekiranya tiada antibodi dikesan dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan selepas pulih. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN