fbpx

KPT cadang tambah 19 PPV di pusat pengajian tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini menolak kerusi roda salah seorang penerima vaksin di PPV UiTM kampus Puncak Alam.-Foto ZULFADHLI ZAKI

KUALA SELANGOR – Sebanyak 19 pusat pemberian vaksin (PPV) dicadang ditambah lagi di institut pengajian tinggi (IPT) dalam membantu pelaksanaan program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, lokasi PPV itu akan diperhalusi untuk dibincangkan secara bersama dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF).

“Kita bercadang membuka sehingga 36 PPV IPT namun yang diluluskan setakat ini cuma tiga sahaja iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (@AmDI) USM.

“Kesemua lokasi perlu dilihat sama ada kondusif atau tidak,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat PPV IPT Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, di sini, hari ini.

PPV di UiTM dijalankan di Dewan Berlian yang mampu memuatkan 1,500 orang dalam satu-satu masa.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI