fbpx

#Daulat Tuanku di Twitter lambang kesetiaan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini. Ihsan FB Istana Negara

PETALING JAYA- Tanda pagar Daulat Tuanku sohor kini di laman media sosial Twitter tadi selepas rata-rata rakyat menzahirkan ucapan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka hari ini.

Rata-rata rakyat menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selain turut mendoakan Seri Paduka terus dikurniakan kesihatan yang baik.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di Twitter tadi, #Daulat Tuanku mendapat ciapan hampir 1,600 pengguna setakat ini.

Turut membuat ciapan itu ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba yang menzahirkan sembah ucapan tahniah kepada Al Sultan Abdullah.

“Merafak sembah dan setinggi ucapan tahniah kepada Seri Paduka Baginda sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Tuanku. Daulat Tuanku,” ciapnya.

Bagi @bccutp,pihaknya menzahirkan ucapan kepada Seri Paduka dengan mendoakan baginda dan kerabatnya sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.

“Semoga terus dilindungi daripada pandemik dan kekal memegang takhta dengan bermaruah, berdaulat dan dikurniakan kesejahteraan,” tulisnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI