fbpx

42 PST catat nilai jualan RM18.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (dua dari kanan) mengadakan lawatan di dua lokasi PST FAMA di Putrajaya dan Sepang hari ini.

SEPANG – Sebanyak 42 buah pasar segar terkawal (PST) beroperasi setakat ini di seluruh negara dengan nilai jualan yang dicatatkan sebanyak RM18.9 juta sehingga 4 Jun lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, pengoperasian PST itu melibatkan seramai 348 petani dan 6,879 usahawan yang berfungsi memberi akses pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan dengan penawaran penjimatan hingga 20 peratus.

“Setiap PST mempunyai lapan komoditi teras iaitu sayur, buah, ikan, ayam, daging, produk industri kecil dan sederhana (IKS), barangan runcit dan makanan (take away) yang akan terus beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh fasa pertama,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau telah mengadakan lawatan kerja di dua lokasi PST Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) iaitu MyFarm Outlet Putrajaya dan Pusat Operasi FAMA Dengkil, Sepang Selangor.

Menurut Ronald, MAFI sentiasa mengambil pelbagai pendekatan dalam usaha memastikan kelancaran dan kelangsungan rantaian bekalan makanan termasuk mengurus isu lambakan, antaranya melalui pelaksanaan PST di lokasi-lokasi terpilih yang beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI