fbpx

Tingkat tiga IPK Pahang terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian kebakaran bilik fail di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Sebuah bilik penyimpanan fail di tingkat tiga Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang terbakar hari ini.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, kejadian kira-kira pukul 4.34 petang itu disedari anggota polis yang bertugas sebelum menghubungi talian kecemasan bomba.

“Tiada mangsa yang cedera dalam kebakaran berkenaan dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 6.30 petang.

“Siasatan mengenai punca kejadian masih dijalankan oleh pihak bomba,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, empat jentera bomba bersama 14 anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota di sini bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, pasukan bomba membuat operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos bomba. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI