fbpx

PM rakam ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda esok.

Menurut Muhyiddin, beliau mewakili seluruh rakyat jelata dengan penuh hormat dan takzimnya merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena ulang tahun berkenaan.

“Patik sekalian mendoakan semoga Allah SWT terus menganugerahkan Tuanku kekuatan dan keberkatan untuk terus kekal bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan.

“Patik dan seluruh rakyat jelata juga berdoa mudah-mudahan Tuanku dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta semua putera, puteri dan seluruh kerabat berada dalam rahmat-Nya,” katanya dalam akaun Facebook tadi.

Perdana Menteri berkata, seperti Tuanku sedia maklum, negara masih lagi berada dalam tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) yang bertujuan melandaikan lengkung jangkitan Covid-19.

“Insya-Allah, dengan segala usaha yang sedang dijalankan oleh kerajaan Tuanku dalam melawan pandemik ini, ia akan memperoleh kejayaan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI