fbpx

Lelaki cedera motosikal rempuh kawat duri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kaki seorang lelaki yang terlanggar kawat berduri kerana menunggang motosikal dalam keadaan mabuk di Ipoh.

IPOH – Seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan mabuk cedera selepas merempuh kawat duri yang dipasang di satu lokasi di Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2 di sini hari ini.

Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2 di Gugusan Manjoi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini hingga 19 Jun depan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, laporan polis dibuat oleh anggotanya setelah melihat video tular kejadian itu kerana melibatkan kerosakan harta kerajaan.

“Berdasarkan maklumat, kita telah ke sebuah rumah dan mendapati motosikal dalam video tular itu ada di kediaman berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati, ada seorang lelaki berusia 34 tahun sedang terbaring di atas tilam dengan keadaan luka-luka pada badan,” katanya di sini hari ini.

Berdasarkan temu bual, lelaki terbabit memaklumkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5 pagi dan dia menunggang motosikal seorang diri dalam keadaan mabuk untuk pergi ke rumah rakan.

Kata A. Asmadi, lelaki itu yang terjatuh setelah melanggar kawat duri telah meninggalkan motosikal dan balik ke rumah dengan berjalan kaki.

“Dia yang bukan penduduk kawasan itu memberitahu tidak tahu kawasan berkenaan telah diisytiharkan sebagai PKPD.

“Lelaki itu mengalami luka-luka pada kaki dan tangan dan telah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI