fbpx

Larangan keluar selepas pukul 6 petang palsu – PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan satu klip video palsu yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp dan TikTok yang mendakwa orang ramai yang keluar rumah selepas pukul 7 petang akan ditangkap polis.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo berkata, hasil semakan mendapati klip video palsu itu menggunakan tangkap layar tajuk artikel yang diambil dari laman web Suara Sarawak bertajuk ‘Tiada kompromi lagi, keluar rumah selepas jam 7 petang kena tangkap’.

“Artikel berkenaan didapati telah disiarkan secara online pada 24 Mac tahun lalu namun tangkap layar artikel tersebut telah dipinda oleh individu tidak bertanggungjawab dengan memasukkan logo PDRM dan perkataan ‘Diraja Malaysian IPK KL Polis’ yang ternyata salah.

“Individu berkenaan turut menyertakan audio yang menyatakan bermula pada hari ini, sesiapa yang keluar rumah selepas pukul 6 petang akan ditangkap, kecuali bagi mereka yang mempunyai urusan di klinik atau hospital dan hal-hal yang melibatkan kecemasan seperti membawa orang sakit,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Lei Choo, klip video palsu berkenaan turut menyatakan bahawa mereka yang keluar rumah selepas pukul 6 petang untuk membeli makanan akan ditangkap di atas arahan Ketua Polis Negara.

“Polis Kuala Lumpur menegaskan bahawa inti pati klip video tersebut adalah palsu dan orang ramai dibenarkan keluar rumah untuk membeli keperluan asas dan makanan pada waktu kedai-kedai tersebut beroperasi iaitu sehingga pukul 8 malam.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan sebarang berita palsu atau maklumat tidak sahih dan mereka yang dengan niat menularkan berita tidak benar berkaitan Covid-19 untuk menyebabkan ketakutan dan kebimbangan kepada orang awam adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegas beliau.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN