fbpx

Ibu muda 23 tahun ada 20 anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRISTINA dan Galip membelanjakan £138,000 (RM806,657) dalam tempoh setahun untuk mendapatkan 20 bayi melalui kaedah ibu tumpang. – Instagram @galipozturkofficial

ADJARA, GEORGIA – Seorang ibu muda berumur 23 tahun di Georgia memiliki 20 anak melalui kaedah ibu tumpang dan tidak menolak untuk menambah bilangan zuriat pada masa hadapan, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Kristina Ozturk yang mengahwini jutawan, Galip Ozturk, 57, membelanjakan wang £138,000 (RM806,657) setahun untuk prosedur mendapatkan bayi-bayi tersebut.

Mereka juga memperuntukkan £67,700 (RM395,797) setahun untuk menjaga kesemua bayi tersebut termasuk kos mengupah 16 pengasuh.

“Kami membelanjakan sekitar £3,500 hingga £4,200 (RM20,462 hingga RM24,552) seminggu untuk keperluan bayi-bayi ini.

“Saya tidak berhasrat untuk melakukan lagi kaedah ibu tumpang, sebaliknya ingin hamil secara semula jadi.

“Bagaimanapun, rancangan tersebut bukan dalam masa terdekat kerana saya ingin membina hubungan yang mesra dengan kesemua bayi ini dahulu,” ujarnya kepada akhbar The Sun.

Kristina dan Galip sebelum ini mempunyai seorang anak berusia enam tahun. Kesemua bayi yang diperoleh melalui kaedah ibu tumpang itu kini berusia dalam lingkungan empat bulan hingga 14 bulan.

Kristina yang berasal dari Rusia, berkenalan dengan Galip yang merupakan pengasas syarikat Metro Holding dari Turki ketika bercuti di Georgia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI