fbpx

Enam bulan tinggal di bangunan kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hermon menjadi penghuni terakhir yang masih menetap di pangsapuri Saxelby House. - SWNS/The Sun

LONDON – Seorang lelaki bertegas enggan berpindah keluar dari sebuah bangunan pangsapuri kediaman selepas menolak beberapa tawaran lumayan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan bernilai £43 juta (RM251 juta), lapor akhbar The Sun kelmarin.

Lelaki tersebut, Ezekiel Hermon, 46, masih tinggal di blok pangsapuri 12 tingkat yang kosong itu secara bersendirian selama enam bulan selepas kesemua 49 keluarga lain telah ditempatkan semula di lokasi-lokasi kediaman yang ditawarkan.

Hermon enggan meninggalkan rumah itu kerana mendakwa lokasi penempatan semula yang disediakan pihak majlis tempatan adalah tidak berbaloi.

Menurut lelaki itu, dia akan bertahan sehingga menerima kediaman yang sesuai untuk berpindah seperti pangsapuri dua bilik tidur agar anak-anak boleh melawatnya.

Buat masa ini, dia ditawarkan kediaman pangsapuri dengan satu bilik tidur.

Hermon bertekad akan bertahan sehingga menerima kediaman yang sesuai untuk berpindah. – Roland Leon / The Sun

“Saya akan menolak tawaran itu.

“Ia  amat menjengkelkan kerana mereka pernah berkata tidak akan melakukannya (menawarkan kemudahan yang sama) lagi, namun mereka tetap berbuat demikian,” ujarnya.

Hermon berpindah ke Saxelby House di Birmingham, Britain pada tahun 1995 dan menetap di tingkat paling atas yang mempunyai pemandangan seluruh bandar itu.

Sementara itu, majlis tempatan Birmingham berkata, pihaknya terpaksa membawa perkara itu ke mahkamah kerana Hermon tetap dengan keputusannya untuk tidak menerima tawaran yang diberikan.

“Kami telah memberikan tawaran yang bersesuaian, namun akan terus mencari alternatif-alternatif lain sebagai tawaran kepadanya,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN