fbpx

Anju buat laporan polis, nekad saman bekas suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zarina Anjoulie.

PETALING JAYA – Berang dengan ugutan bekas suami, pelakon kontroversi Zarina Anjoulie bertindak membuat laporan polis dan nekad memfailkan saman selepas ini.

Menerusi hantaran terbaharu dalam laman Instagramnya, Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju dilihat berada di sebuah balai polis dan baru selesai membuat laporan terhadap bekas suaminya, Eliyas Azhar.

“Selesai dah di balai polis, baru buat laporan. Tunggu, aku nak teruskan dengan saman. Kadang-kadang manusia, kita bagi muka, dia campak tahi.

“Tak apalah. Kadang-kadang, kita bila diam bukan kerana kita takut. Aku nak move on (teruskan hidup). Tunggu dan lihat,” katanya.

Pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 34, turut menegaskan tujuan dia membuat laporan polis bukan kerana takut kepada Eliyas, sebaliknya mengenangkan bekas ibu dan bapa mentuanya.

“Bukan aku takut dengan kau atau ugutan kau. Aku dah nak lupakan, sebab aku mengenangkan mak bapa kau.

“Tapi, sebab kau hantar makcik gemuk itu nak ugut aku, tak apalah. Aku teruskan,” katanya.

Terdahulu, Zarina turut memuat naik beberapa bukti tangkap layar mesej perbualan yang mana Zarina bertanya sama ada dia perlu membayar Eliyas jika ingin diceraikan, sekali gus lelaki itu meletakkan harga bayaran berjumlah RM10,000.

“Inilah apa yang aku kena harungi. Dengan Yas (Eliyas), semuanya duit. Sebab itu, aku saja tawarkan nak pancing dia.

“Tapi, masa dia nak ceraikan aku bukan main letak dalam Instagram Story. Semua ini aku dah bagi kepada polis dan peguam,” tulisnya.

Pada hantaran sama, Zarina turut berkongsi laporan polis yang dibuat mengenai tindakan Eliyas yang pernah memanjat pagar rumahnya untuk merakam gambar dan videonya dalam keadaan aib.

Terdahulu, pelakon filem Anak Pontianak itu mendirikan rumah tangga dengan Eliyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum itu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Brunei pada 2015, namun hanya bertahan setahun dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI