fbpx

6,241 kes baharu direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 6,241 kes baharu dilaporkan hari ini, menurun sedikit berbanding semalam menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 616,815 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor melaporkan sebanyak 2,178 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 600 kes dan Johor sebanyak 565 kes.

“Seterusnya, Negeri Sembilan (556 kes), Kuala Lumpur (415 kes), Sabah (305 kes), Pulau Pinang (271 kes), Kelantan (270 kes), Melaka (225 kes), Labuan (212 kes), Perak (174 kes), Terengganu (158 kes), Pahang (155 kes) dan Kedah (125 kes).

“Putrajaya pula dengan 30 kes, manakala Perlis dengan dua kes,” katanya pada ciapan Twitter beliau hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN