fbpx

Taman awam, kawasan rekreasi di Ipoh ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pavilion Petting Zoo@Gunung Lang antara lokasi taman rekreasi yang ditutup di Ipoh sepanjang tempoh PKP sehingga 14 Jun ini.

IPOH – Semua kawasan rekreasi dan taman awam di bandaraya ini ditutup dan tiada sebarang aktiviti sukan atau riadah dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bermula hari ini hingga 14 Jun ini.

Kawasan tersebut ialah Taman D. R Seenivasagam, Padang Sultan Abdul Aziz (Padang Polo), Padang Ipoh, Gunung Lang dan Pavilion Petting Zoo@Gunung Lang.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan memberitahu, larangan itu adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) PKP pihak berkuasa tempatan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, turut ditutup ialah Perpustakaan Tun Razak, dewan orang ramai dan komuniti kendalian MBI serta kaunter bayaran dan perkhidmatan MBI.

“Sepanjang tempoh ini kita juga tidak membenarkan sebarang aktiviti kebudayaan dan pelancongan termasuk busking, galeri seni, taman tema dan pusat hiburan keluarga.

“Aktiviti ekonomi yang ditutup adalah operasi Gerbang Malam dan Memory Lane (pasar pagi Looking) termasuk pasar pagi, pasar tani dan pasar malam,” ujar kenyataan itu.

Bagaimana pun, aktiviti riadah seperti joging dan berbasikal hanya boleh dilakukan di kawasan kejiranan sahaja dengan mematuhi jarak fizikal yang ditetapkan.

Begitu juga pasar awam yang dibenarkan beroperasi kecuali gerai-gerai di luar kawasan pasar awam bermula pukul 6 pagi hingga 2 petang. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI