fbpx

[KEMASKINI] Adik mangsa pula dirawat di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran sebuah unit kondominium di Taman Harapan, George Town hari ini mengakibatkan seorang kanak-kanak perempuan maut. Foto IHSAN JBPM

GEORGE TOWN – Adik lelaki kepada mangsa yang maut akibat tersedut asap dalam kejadian kebakaran di kediaman mereka di Kondominium The Rise Collection 2, Taman Harapan di sini pagi tadi dilaporkan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya dimaklumkan yang kanak-kanak berusia empat tahun itu telah ditempatkan di wad berkenaan petang tadi namun tidak dipastikan lagi kecederaan yang dialaminya.

Menurutnya, kemungkinan mangsa juga tersedut asap akibat kebakaran yang berlaku di rumah mereka dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 pagi tadi.

“Bagaimanapun, keadaan kanak-kanak itu kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan berada di bawah pemantauan pakar.

“Kita akan mendapatkan laporan kesihatannya dari semasa ke semasa daripada pihak hospital,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, jenazah kakak mangsa yang berusia enam tahun itu telah diserahkan kepada ahli keluarganya sebaik bedah siasat selesai dijalankan petang tadi.

Tambah Soffian, pihaknya juga dimaklumkan jenazah kanak-kanak tersebut dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Jelutong. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI