fbpx

Polis terima mana-mana surat kementerian untuk urusan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Polis tetap menerima apa jua surat yang dikeluarkan kementerian atau jabatan berkaitan bagi urusan kerja orang awam ketika melalui pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR).

Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, SAC M. V. Srikumar M. Nair berkata, arahan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

“KPN memutuskan dan mengarahkan supaya kita menerima pakai semua surat pergerakan baik daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kementerian atau jabatan walaupun selepas dua tiga hari diberi kelonggaran,kita tetap benarkan pemakaian surat-surat ini.

“Harap tuan-tuan dan puan-puan maklum kepada semua bahagian yang menjalankan sekatan jalan raya,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan yang mengatakan pihak berkuasa tidak menerima surat dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan atau MITI. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI